Sunday, November 21, 2010

Pesanan daripada si Pemisah Hak dan Batil




"Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat "
Saidina Umar bin Al-Khatab

"Barangsiapa yang jernih hatinya, akan diperbaiki Allah pula pada yang nyata di wajahnya"
Saidina Umar bin Al-Khatab

"Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yang dapat menimbulkan persangkaan, maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk kepadanya"
Saidina Umar al-Khattab

"Keadilan itu syurga bagi orang yang dizalimi tetapi keadilan itu adalah neraka bagi orang-orang yang bersifat zalim"
Saidina Umar bin Al-Khatab

dan paling menyentuh kalbu saya sebagai lelaki adalah kata2 beliau yang tertulis di bawah ini :

"Jangan engkau percaya melihat kegagahan seorang lelaki. Tetapi jika mereka teguh memegang amanah dan menahan tangannya daripada menganiayai sesamanya, itulah lelaki yang sebenarnya"

Khalifah Umar al-Khattab




Wednesday, September 9, 2009

PEMBACAAN BERMULA

Salam kepada semua muslimin dan muslimat sekalian..

Hari ini terasa cukup tenang bagi penulis. Saja ingin menulis di dalam laman ini. Penulis ketika ini baru sahaja memulakan pembacaan novel mengenai Sultan Muhammad al-Fateh yang dikarang oleh Abdul Latip. Ceritanya amat menarik iaitu mengenai seorang penakluk Kota Konstatinopel (Istanbul).Terkenal dengan kehebatan sebagai seorang pemerintah yang adil, warak dan bijaksana dalam zaman empayar Turki Uthmaniyyah, beliau telah membawa kepada pencapaian yang telah diiadamkan sejak zaman para sahabat lagi iaitu untuk menawan kota konstatinopel itu yang juga merupakan kota kebanggan kaum Kristian pada zaman tersebut. Ketika itu umurnya baru sahaja mencecah 19 tahun

Penulis amat tertarik dengan sabda Nabi Muhammad S.A.W yang mebawa maksud "Kota Konstatinopal hanya akan ditawan oleh pemerintah yang baik, tentera yang baik, dan rakyat yang baik".

Buku ini mungkin tidak sesuai sebagai sumber maklumat yang terbaik, namun ia tetap menjadi pilihan pembaca di masa lapang.

Sekian Wassalam


Photobucket

Tuesday, August 25, 2009

Selamat Menyambut Bulan Penuh Kemuliaan--Ramadhan

Aimie Sue / Lynn Pictures, Images and Photos



Salam kepada semua Muslimin & Muslimat seantero dunia.

Sempena kedatangan bulan ramadhan, penulis ingin mengucapkan selamat menunaikan puasa. Semoga ia menjadi titik tolak kepada muhasabah diri kita semua. Semoga kalian diberkati oleh Allah Yang Maha Esa.

Sekian, wassalam..