Wednesday, September 9, 2009

PEMBACAAN BERMULA

Salam kepada semua muslimin dan muslimat sekalian..

Hari ini terasa cukup tenang bagi penulis. Saja ingin menulis di dalam laman ini. Penulis ketika ini baru sahaja memulakan pembacaan novel mengenai Sultan Muhammad al-Fateh yang dikarang oleh Abdul Latip. Ceritanya amat menarik iaitu mengenai seorang penakluk Kota Konstatinopel (Istanbul).Terkenal dengan kehebatan sebagai seorang pemerintah yang adil, warak dan bijaksana dalam zaman empayar Turki Uthmaniyyah, beliau telah membawa kepada pencapaian yang telah diiadamkan sejak zaman para sahabat lagi iaitu untuk menawan kota konstatinopel itu yang juga merupakan kota kebanggan kaum Kristian pada zaman tersebut. Ketika itu umurnya baru sahaja mencecah 19 tahun

Penulis amat tertarik dengan sabda Nabi Muhammad S.A.W yang mebawa maksud "Kota Konstatinopal hanya akan ditawan oleh pemerintah yang baik, tentera yang baik, dan rakyat yang baik".

Buku ini mungkin tidak sesuai sebagai sumber maklumat yang terbaik, namun ia tetap menjadi pilihan pembaca di masa lapang.

Sekian Wassalam


Photobucket