Sunday, September 16, 2012

ooooohh t-i-d-0-k-k-k

Alhamdulillah syukur pada Mu kerana memanjangkan usia hamba mu ini..

After one year x touch blog nie, tiba2 terasa nak tulis blog hari nie..
One year daku berkelana mencari keredhaanNya di bumi ciptaanNya ini..

btw SELAMAT HARI MALAYSIA to all Malaysians..
           
  ---> ( Cina India Melayu Bumiputra -CIMB)..

Finally dah masuk tahun keempat di UNIVERSITI OF MALAYA (UM)..
InsyaALLAH this is my final year at UM.. and hope to have my Bachelor of Engineering (ELECTRICAL) next year (2013).. Pastinya bakal merindukan kehidupan sebagai seorang student suatu hari nanti..
Akhir sekali bacalah pesanan saya di bawah..

Ingatlah kedua ibu bapa kta yg slalu mengingati kita dan menjaga serta menyayangi kita sejak kita dilahirkan..
Moga berkekalan lah hubungan kita dengan keluarga, sahabat handai dan manusia sejagat..InsyaALLAH..

thank you for reading my blog..:)

UM or MU

Sunday, November 21, 2010

Pesanan daripada si Pemisah Hak dan Batil




"Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat "
Saidina Umar bin Al-Khatab

"Barangsiapa yang jernih hatinya, akan diperbaiki Allah pula pada yang nyata di wajahnya"
Saidina Umar bin Al-Khatab

"Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yang dapat menimbulkan persangkaan, maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk kepadanya"
Saidina Umar al-Khattab

"Keadilan itu syurga bagi orang yang dizalimi tetapi keadilan itu adalah neraka bagi orang-orang yang bersifat zalim"
Saidina Umar bin Al-Khatab

dan paling menyentuh kalbu saya sebagai lelaki adalah kata2 beliau yang tertulis di bawah ini :

"Jangan engkau percaya melihat kegagahan seorang lelaki. Tetapi jika mereka teguh memegang amanah dan menahan tangannya daripada menganiayai sesamanya, itulah lelaki yang sebenarnya"

Khalifah Umar al-Khattab




Wednesday, September 9, 2009

PEMBACAAN BERMULA

Salam kepada semua muslimin dan muslimat sekalian..

Hari ini terasa cukup tenang bagi penulis. Saja ingin menulis di dalam laman ini. Penulis ketika ini baru sahaja memulakan pembacaan novel mengenai Sultan Muhammad al-Fateh yang dikarang oleh Abdul Latip. Ceritanya amat menarik iaitu mengenai seorang penakluk Kota Konstatinopel (Istanbul).Terkenal dengan kehebatan sebagai seorang pemerintah yang adil, warak dan bijaksana dalam zaman empayar Turki Uthmaniyyah, beliau telah membawa kepada pencapaian yang telah diiadamkan sejak zaman para sahabat lagi iaitu untuk menawan kota konstatinopel itu yang juga merupakan kota kebanggan kaum Kristian pada zaman tersebut. Ketika itu umurnya baru sahaja mencecah 19 tahun

Penulis amat tertarik dengan sabda Nabi Muhammad S.A.W yang mebawa maksud "Kota Konstatinopal hanya akan ditawan oleh pemerintah yang baik, tentera yang baik, dan rakyat yang baik".

Buku ini mungkin tidak sesuai sebagai sumber maklumat yang terbaik, namun ia tetap menjadi pilihan pembaca di masa lapang.

Sekian Wassalam


Photobucket