Wednesday, September 9, 2009
PEMBACAAN BERMULA
Tuesday, August 25, 2009
Selamat Menyambut Bulan Penuh Kemuliaan--Ramadhan
Tuesday, June 16, 2009
Don't Make Me SAD!!!!
Adakah cinta itu buta??
Pernahkah kau merasa [x3]
p/s: Lagu di atas cukup mudah difahami iaitu mengenai manusia itu dikecewakan oleh seorang manusia lain dalam percintaan mereka. Senario ini turut tidak dapat dielakkan oleh penulis sendiri. Pasti ramai rakan2 penulis mahu pun pembaca ruangan ini pernah merasai saat dikecewakan sebegini. Cinta terhadap manusia pada pandangan penulis tidak lengkap tanpa keikhlasan, kefahaman, hormat-meghormati, kesabaran dan yang paling penting akidah serta ketakwaan kepada Allah di dalam jiwa mereka. Sebagai umat Islam, kita mestilah cuba mencintai Allah s.w.t melebihi hubungan kita terhadap orang yang dicintai kita di dunia ini. Namun bukan penulis ingin melarang manusia membuat hubungan sesama mereka. Allah s.w.t juga tidak pernah melarang umatnya bercinta. Sebaliknya biarlah rasa cinta itu datang secara ikhlas dari hati kita sendiri dan mengikut batas2 pergaulan serta bukan kerana didorong hawa nafsu semata-mata.Sebelum meutup tirai penulisan ini, penulis ingin mengingatkan bahawa semakin kita mencintai Allah(dengan mengikut segala perintahnya), dengan sendirinya hati ini akan sentiasa mensyukuri serta menghayati setiap detik kehidupan kita di dunia ini. Konklusinya,diharapkan semoga pembaca dapat mengambil ikhtibar dan pengajaran daripada tulisan penulis yang cukup singkat ini. Sekian, wassalam.
Sunday, June 14, 2009
Freedom of Muslim
Friday, June 12, 2009
Salahuddin al-Ayyubi
Dalam bulan Zulkaedah 570 Hijrah (Mei 1175 Masihi), khalifah Abbasiyyah mengisytiharkan Salahuddin al-Ayubi sebagai Sultan Mesir dan menggelarkan dirinya sebagai Sultan al-Islam wa al-Muslimin. Pada tahun itu juga beliau membina kota pertahanan di Kaherah (Mesir).
Fikiran Salahuddin sentiasa tertumpu kepada jihad di jalan Allah. Bahauddin telah mencatatkan bahawa semangat Salahuddin yang berkobar-kobar untuk berjihad menentang tentera Salib telah menyebabkan jihad menjadi tajuk perbincangan yang paling digemarinya. Ia sentiasa meluahkan seluruh tenaganya untuk memperkuat pasukan tenteranya, mencari mujahid-mujahid dan senjata untuk tujuan berjihad. Jika ada sesiapa yang bercakap kepadanya berkenaan jihad ia akan memberikan sepenuh perhatian. Sehubungan dengan ini ia lebih banyak di dalam khemah perang daripada duduk di istana bersama sanak keluarga. Siapa sahaja yang menggalakkannya berjihad akan mendapat kepercayaannya.
Siapa sahaja yang memerhatikannya akan dapat melihat apabila ia telah memulakan jihad melawan tentera salib ia akan menemukan seluruh perhatiannya kepada persiapan perang dan menaikkan semangat tenteranya. Dalam medan peperangan ia bagaikan seorang ibu yang garang kehilangan anak tunggal akibat dibunuh oleh tangan si jahat. Ia akan bergerak bersama kudanya dari penjuru medan peperangan ke penjuru yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah. Ia juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinang mengajak manusia supaya bangkit membela Islam pada waktu itu. Sepanjang peprangan juga ia akan berpuasa di siang hari walapupun beliau demam sehinggakan doktor peribadinya menyuruhnya berbuka puasa. Perkara ini telah diolah daripada penulisan Ibnu Shaddad. Bertapa kuat takwa umat Islam pada ketika itu jika dibandingkan dengan masa kini.
Selain itu, ketika ia mengepung kota Acre ia hanya minum, itupun selepas dipaksa oleh doktor peribadinya tanpa makan. Doktor itu berkata bahawa Salahuddin hanya makan beberapa suap makanan semenjak hari Jumaat hingga Isnin kerana ia tidak mahu perhatiannya kepada peperangan terganggu.
Peperangan Hittin
Nama lain baginya adalah Perang Salib kedua. Peprangan ini menjadi titik tolak kepada permulaan kejayaan Salahuddin sebagai pemimpin tentera pada waktu itu. Kejayaan dalam perang ini jua memberi ruang kepada laluan tentera Islam menuju kepada penaklukan Baitul Maqdis (Jerusalem). Kekalahan tentera salib dalam perang ini turut memacu kedatangan Raja Richard dari Inggeris untuk memerangi tentera Islam. Sebagai informasi tambahan, penulis ingin memberitahu bahawa sebenarnya perang salib dikenali dengan nama tersebut disebabkan tentera-tentera kafir pada ketika itu membawa salib yang besar dengan mereka serta memakai tanda salib pada badan mereka.
Pada ketika ini, Salahuddin memikirkan bahawa sudah tiba masanya untuk mengusir kaum Kristian ini dari tanah orang muslim. Seruan Salahuddin untuk memerangi mereka mendapat reaksi yang menakjubkan sehinggakan ribuan kavalieri dan infantry memenuhi ruang Damsyik dari setiap kerajaan Islam. Buat pertama kali setelah berabad-abad lamanya kaum muslimin akhirnya berjaya bersatu di bawah satu pemerintah yang unggul. Dengan semangat jihad juga lah, mereka ini akan memacu kepada keruntuhan moral dan keegoan tentera kristian.
Akhirnya, setelah sekian lama dengan rancangannya, Baitul Maqdis yang telah jatuh ketangan tentera salib suatu masa dulu kini menjadi milik tentera Islam. Tarikh keramat itu jatuh pada 15 Oktober 1187 bersamaan hari Jumaat , 27 Rejab 583 H.
Menyentuh kemenangan ini itu, Lone Poole menulis "Bunga kesatriaan sudah diambil oleh Salahuddin Ayubi. Raja Baitul Maqdis ,Reginald of Chatillon, Joscelin of Courlenay, Humphrey of Toron ,Masters of Temple and Hospital dan ramai lagi pembesar sudah pun ditawan. Para kesatriaan yang lain berada dibawah tawanan Islam Sesiapa yang hidup dari kalangan orang kebanyakan turut menjadi tawanan. Seorang tentera Arab dilihat menarik sejumlah 30 tentera salib yang ditawannya yang diikiat dengan tali khemah. Mayat-mayat bertimbun -timbun seperti batu bata disamping salib-salib patah dan kepala-kepala yang bertaburan di atas tanah bagaikan buah-buahan tembikai".
Seterusnya Lane-Poole menuliskan tindak-tanduk tentera kristian ketika menawan tentera Baitul Maqdis pada kali pertama.Tercatat dalam sejarah bahawa ketika Godfrey dan Tancred menunggang kuda di jalan-jalan Jerusalem, jalan itu dipenuhi mayat, orang Islam yang tidak bersenjata diseksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menara rumah ibadat. Berbeza dengan tindak-tanduk Salahuddin.Beliau memberi layanan yang baik sepertimana ketika zaman Rasulullah memenangi peperangan. Tawanan tidak dibunuh sebaliknya mereka dibebaskan dengan syarat membayar tebusan mengikut kemampuan masing-masing.
p/s: Kisah perang Hittin akan didalami dalam edisi seterusnya tidak lama lagi. I'Allah.
Ke Mana Hatiku???
Hari Jumaat adalah Penghulu segala hari,
Diriwayatkan daripada Muslin Bin Abdullah daripada Sa'id bin Jubair, daripada Anas bin Malik r.a, dia berkata: "baginda Rasul S.A.W ditanya oleh sahabat tentang hari Jumaat. Maka jawab baginda nabi: Hari Jumaat adalah hari yang baik untuk mengadakan perhubungan dan pernikahan".
Sahabat bertanya: "Mengapakah dikatakan dengan demikian itu Ya Rasulullah?".
Jawab Nabi: "Kerana bahawasanya nabi-nabi ramai yang bernikah pada hari itu".
Sebahagian ulamak berkata: "Ada 7 pernikahan yang dilakukan oleh para nabi dan auliya' pada hari Jumaat iaitu:
1. Pernikahan Nabi Adam a.s dan Hawa atas keduanya selawat dan salam
2. Pernikahan Nabi Yusof a.s dan Zulaikha
3. Pernikahan Nabi Musa dan Shafuro" atas keduanya salam.
4. Pernikahan Nabi Sulaiman dan Ratu Balqis atas keduanya rahmat dan salam
5. Pernikahan nabi Muhammad S.A.W. dan Khadijah r.a
6. Pernikahan Nabi Muhammad S.A.W. dan Siti Aishah r.a
7. Pernikahan Ali bin Abu Talib r.a dengan Fatimah Az-Zahra r.a
Oleh itu, sesiapa yang merancang untuk mendirikan rumahtangga dimusim orang kahwin nie, digalakkan kahwin pada hari Jumaat semoga mendapat berkat dari Allah S.W.T
Sekian saja untuk kali ini. Semoga kamu semua bertemu hidayah daripada Allah S.W.T pada setiap masa. I'allah.