Tuesday, June 16, 2009

Don't Make Me SAD!!!!

Don't Make Me Sad

I think it was Sunday when we went out that day
A simple glance to her, a blunder
Oh boy, oh my Lord say oh you keep your head straight
Oh no can I do that?

She really drives me mad
But it wasn’t all that bad
2 seconds to make me surrender and said
Oh please don’t make me so sad

I think it was Sunday when we went out that day
A simple glance to her, a blunder
Oh boy, oh my Lord say oh you keep your head straight
Oh no can I do that?

She really drives me mad
But it wasn’t all that bad
2 seconds to make me surrender and said
Oh please don’t make me so sad

I think it was Sunday when we went out that day
A simple glance to her, a blunder
Oh boy, oh my Lord say oh you keep your head straight
Oh no I cannot I cannot do that?

She really drives me mad
But it wasn’t all that bad
2 seconds to make me surrender and said
Surrender and said

Oh please oh please don’t make me so sad
Oh please oh please don’t please make me so mad

Oh please oh please don’t please dont’ make me so sad
Oh please oh please don’t please make me so mad

Oh please oh please don’t make me so sad
Oh please oh please oh please

p/s: lirik lagu oleh grup letto dalam album ke-3 mereka. Seiring dgn gaya melankolik yang mereka perjuangkan lagu ini agak sesuai dgn nada neo sbgi penyumbang suara.Layan je laa k.. :)

Adakah cinta itu buta??

HAMPA HATIKU


Pernahkah kau merasa
Pernahkah kau merasa

Cukup sudah kuberikan cintaku
Cukup sudah rasa ini untukkmu
Mati sudah hati ini padamu
Mati sudah hasrat ingin bersamamu

Pernahkah kau merasa
Hatimu Hampa
Pernahkah kau merasa
Hatimu Kosong

Buang saja semua kata cintamu
Buang saja semua kata maafmu
Hancur sudah hati ini padamu
Hancur sudah hasrat ingin bersamamu

pernahkah, pernahkah kau merasa
dikala siang datang terasa gelap gulita
tiada cahaya hanya gelap hitam dan kelam
tak ada lagi suka tak ada rasa
pernahkah, pernah pernah pernah pernahkah, pernahkah kau merasa
disaat diri terlelap
meski gemuruh kian beradu slalu mengaduh
kau tetap terlelap dalam tidurmu

Maafkan aku sayangku
Bukan maksudku menyakitimu, mengkhianatimu
Ampuni aku sayangku
Cukup katakan aku tak lagi mencintaimu

Pernahkah kau merasa [x3]

p/s: Lagu di atas cukup mudah difahami iaitu mengenai manusia itu dikecewakan oleh seorang manusia lain dalam percintaan mereka. Senario ini turut tidak dapat dielakkan oleh penulis sendiri. Pasti ramai rakan2 penulis mahu pun pembaca ruangan ini pernah merasai saat dikecewakan sebegini. Cinta terhadap manusia pada pandangan penulis tidak lengkap tanpa keikhlasan, kefahaman, hormat-meghormati, kesabaran dan yang paling penting akidah serta ketakwaan kepada Allah di dalam jiwa mereka. Sebagai umat Islam, kita mestilah cuba mencintai Allah s.w.t melebihi hubungan kita terhadap orang yang dicintai kita di dunia ini. Namun bukan penulis ingin melarang manusia membuat hubungan sesama mereka. Allah s.w.t juga tidak pernah melarang umatnya bercinta. Sebaliknya biarlah rasa cinta itu datang secara ikhlas dari hati kita sendiri dan mengikut batas2 pergaulan serta bukan kerana didorong hawa nafsu semata-mata.Sebelum meutup tirai penulisan ini, penulis ingin mengingatkan bahawa semakin kita mencintai Allah(dengan mengikut segala perintahnya), dengan sendirinya hati ini akan sentiasa mensyukuri serta menghayati setiap detik kehidupan kita di dunia ini. Konklusinya,diharapkan semoga pembaca dapat mengambil ikhtibar dan pengajaran daripada tulisan penulis yang cukup singkat ini. Sekian, wassalam.

Sunday, June 14, 2009

Freedom of Muslim

Sajak Akhi diterjemah ke Bahasa Malaysia

Akhi

Saudaraku, engkau merdeka di balik tembok itu
Saudaraku, engkau merdeka dengan belenggu itu
Bila engkau jadikan Allah sebagai sandaran
Maka apakah gerangan yang akan memperdayakanmu

Wahai saudaraku, pasukan kegelapan akan binasa
Dan fajar baru akan menyingsing di alam semesta
Lepaskan kerinduan jiwamu
Engkau akan melihat fajar dari jauh telah bersinar

Saudaraku, engkau jangan jemu berjuang
Engkau lemparkan senjata dari bahumu
Siapakah yang akan mengubati luka-luka para mangsa
Dan meninggikan kembali panji-panji jihad?




tokoh-tokoh Pictures, Images and Photos




p/s: akhi dalam permulaan sajak di atas bermaksud saudaraku dalam bahasa arab. Sajak ini telah
di senandungkan oleh Syed Qutb ketika berada di penjara, seakan-akan membawa maksud supaya kita sebagai pejuang kebenaran tidak sekali-kali mengaku kalah terhadap apa yang menimpa kita(Umat Islam). Syed Qutb telah dihukum gantung kerana mempertahankan kalimah ‘La ilaha illallah’.Syed Qutb (atau disebut juga Sayyid Qutb), adalah salah seorang pejuang besar ummat ini walaupun hanya bertubuh kecil. Beliau bersama sahabat- sahabatnya dari Ikhwanul Muslimun telah di penjarakan pada akhir tahun 1954 oleh Regim Presiden Nasser yang memerintah Mesir pada waktu itu ( yang juga dipengaruhi barat sehingga hari ini). Ketika sampai saja makluman hukuman itu ke telinganya lantas ia pun mengatakan "Alhamdulillah, Saya telah melaksanakan jihad selama 15 tahun sehinggalah saya dikurniakan syahid". Moga-moga roh beliau sentiasa dicucuri rahmat.

Sekian Wassalam....

Friday, June 12, 2009

Salahuddin al-Ayyubi

"Sesiapa yg menguasai Palestin , dia menguasai dunia"

Salahuddin Al-Ayyubi-Penakluk Jerusalem



Saladin Pictures, Images and Photos

Petikan di atas diambil daripada salah seorang pejuang Islam yang paling unggul pada eranya yakni Salahuddin al-Ayyubi. Sebut sahaja nama beliau pasti ramai yang mengenali ketokohannya. Bukan sahaja memiliki sikap kepimpinan yang tinggi malahan sikapnya yang melebihkan kehidupan ukhrawi melebihi kehidupan duniawi wajar dijadikan teladan pemimpin masa kini. Jihad adalah matlamat hidupnya. Kebijaksanaan dan sikap mengikut cara peperangan Rasulullah S.A.W sering menjadi pendiriannya ketika hayatnya. Tidak seperti bangsa Yahudi Laknatullah yang sesuka hati membunuh orang awam yang tidak berdosa sebaliknya Salahuddin lebih mementingkan toleransi terhadap musuh-musuhnya. Kemunculan Salahuddin al-Ayyubi umpama mukjizat nabi. Kehebatannya memerangi tentera salib yang kelihatan lebih gagah perkasa namun berjaya ditumpaskan dek kerana hati yang kosong dan jiwa yang tandus.


Siapa itu Salahuddin

Menyusuri sejarah awal hidupnya, putera kepada Najmuddin Ayyub ini telah dinamakan sebagai Yusuf. Beliau dilahirkan di Tirkit(Iraq) pada tahun 543 H/1138 M. Bapa saudaranya, Asadudin Syirkuwah adalah seorang panglima tentera. Asadudin inilah yang akan mengasah ketajaman ilmu ketenteraan terhadap beliau nanti. Manakala ayahnya lebih mementingkan pengajaran ilmu agama terhadap puteranya ini.

Sepanjang kehidupan beliau sejak kecil hinggalah meniti lewat remaja, tiada tanda-tanda beliau akan menjadi seorang yang mayhur. Lane Poole seorang ahli sejarah Inggeris menulis mengenai beliau, "Sebagai anak seorang gabenor yang disukai raja,beliau memang menduduki tempat istimewa tetapi beliau tidak menunjukkan tanda-tanda kehebatan yang bakal tiba. Sebaliknya beliau mempamerkan contoh jiwa yang tenang dan menjauhi kelesuan pemikiran para bangsawan".

Salahuddin dididik dan dibesarkan seperti pemuda Kurdis yang lain. Kecekapan beliau dalam menunggang kuda membolehkannya menyertai tentera berkuda Sultan Aleppo. Kemudiannya, beliau telah diarahkan meninggalkan kota Aleppo yang dicintainya menuju ke Mesir. Kesedihan beliau diibaratkan oleh penasihatnya (Bahauddin) seperti dibawa ke tempat pembunuhan. Tapi benarlah firman Allah S.W.T yang bermaksud “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.” (Al-Baqarah:216).

Beliau mula terkenal pada tahun 559 H apabila menyertai ekspedisi bersama-sama dengan Shirkuh yang dihantar oleh Nur al-Din bagi menentang tentera Salib di Mesir. Beliau berjaya mengusir Amaury dari Mesir pada 1 Rabiulakhir 564 Hijrah (Januari 1969 Masihi). Selepas Shirkuh meninggal dunia, tempatnya diganti oleh Salahuddin al-Ayubi.

Pada masa sama, Nur al-Din melantik beliau sebagai panglima angkatan tentera Syria. Bagi memperkukuhkan tentera Islam, Salahuddin meminta negara Islam diurus di bawah satu pemerintahan. Walaupun cadangannya tidak dipersetujui sesetengah pihak termasuk pemimpin Syria, cita-cita Salahuddin itu termakbul.

Dalam bulan Zulkaedah 570 Hijrah (Mei 1175 Masihi), khalifah Abbasiyyah mengisytiharkan Salahuddin al-Ayubi sebagai Sultan Mesir dan menggelarkan dirinya sebagai Sultan al-Islam wa al-Muslimin. Pada tahun itu juga beliau membina kota pertahanan di Kaherah (Mesir).


Perubahan Salahuddin

Apabila Salahuddin menguasai Mesir, ia tiba-tiba berubah. Ia yakin bahawa Allah telah mempertanggungjawabkan kepadanya satu tugas yang amat berat yang tak mungkin dapat dilaksanakan jika ia tidak bersungguh-sungguh. Bahauddin telah menuliskan dalam catatannya bahawa Salahuddin sebaik-baik sahaja ia menjadi pemerintah Mesir, dunia dan kesenangannya telah lenyap dari pandangan matanya. Dengan hati yang rendah dan syukur kepada Allah ia telah menolak godaan-godaan dunia dan segala kesenangan.

Bahkan Stanley Lane Poole(1914) telah menuliskan bahwa "Salahuddin mengubah cara hidupnya kepada yang lebih keras. Ia bertambah wara’ dan menjalani hidup yang lebih berdisiplin dan sederhana. Ia mengenepikan corak hidup senang dan memilih corak hidup “Spartan” yang menjadi contoh kepada tenteranya. Ia menumpukan seluruh tenaganya untuk satu tujuan iaitu untuk membina kekuasaan Islam yang cukup kuat untuk menghalau orang kafir dari tanah air Islam". Salahuddin pernah berkata, Ketika Allah menganugerahkan aku bumi Mesir, aku yakin Dia juga bermaksud Palestin untukku". Ini menyebabkan ia menjuarai perjuangan Islam. Sehubungan dengan ia telah menyerahkan dirinya untuk jalan jihad. Oleh yang demikian Salahuddin telah menjadi lebih tegas dalam pentadbiran beliau di Mesir.

Aleppo Pictures, Images and Photos


Semangat Fi'sabilillah

Fikiran Salahuddin sentiasa tertumpu kepada jihad di jalan Allah. Bahauddin telah mencatatkan bahawa semangat Salahuddin yang berkobar-kobar untuk berjihad menentang tentera Salib telah menyebabkan jihad menjadi tajuk perbincangan yang paling digemarinya. Ia sentiasa meluahkan seluruh tenaganya untuk memperkuat pasukan tenteranya, mencari mujahid-mujahid dan senjata untuk tujuan berjihad. Jika ada sesiapa yang bercakap kepadanya berkenaan jihad ia akan memberikan sepenuh perhatian. Sehubungan dengan ini ia lebih banyak di dalam khemah perang daripada duduk di istana bersama sanak keluarga. Siapa sahaja yang menggalakkannya berjihad akan mendapat kepercayaannya.

Siapa sahaja yang memerhatikannya akan dapat melihat apabila ia telah memulakan jihad melawan tentera salib ia akan menemukan seluruh perhatiannya kepada persiapan perang dan menaikkan semangat tenteranya. Dalam medan peperangan ia bagaikan seorang ibu yang garang kehilangan anak tunggal akibat dibunuh oleh tangan si jahat. Ia akan bergerak bersama kudanya dari penjuru medan peperangan ke penjuru yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah. Ia juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinang mengajak manusia supaya bangkit membela Islam pada waktu itu. Sepanjang peprangan juga ia akan berpuasa di siang hari walapupun beliau demam sehinggakan doktor peribadinya menyuruhnya berbuka puasa. Perkara ini telah diolah daripada penulisan Ibnu Shaddad. Bertapa kuat takwa umat Islam pada ketika itu jika dibandingkan dengan masa kini.

Selain itu, ketika ia mengepung kota Acre ia hanya minum, itupun selepas dipaksa oleh doktor peribadinya tanpa makan. Doktor itu berkata bahawa Salahuddin hanya makan beberapa suap makanan semenjak hari Jumaat hingga Isnin kerana ia tidak mahu perhatiannya kepada peperangan terganggu.

Peperangan Hittin

Nama lain baginya adalah Perang Salib kedua. Peprangan ini menjadi titik tolak kepada permulaan kejayaan Salahuddin sebagai pemimpin tentera pada waktu itu. Kejayaan dalam perang ini jua memberi ruang kepada laluan tentera Islam menuju kepada penaklukan Baitul Maqdis (Jerusalem). Kekalahan tentera salib dalam perang ini turut memacu kedatangan Raja Richard dari Inggeris untuk memerangi tentera Islam. Sebagai informasi tambahan, penulis ingin memberitahu bahawa sebenarnya perang salib dikenali dengan nama tersebut disebabkan tentera-tentera kafir pada ketika itu membawa salib yang besar dengan mereka serta memakai tanda salib pada badan mereka.

Pada ketika ini, Salahuddin memikirkan bahawa sudah tiba masanya untuk mengusir kaum Kristian ini dari tanah orang muslim. Seruan Salahuddin untuk memerangi mereka mendapat reaksi yang menakjubkan sehinggakan ribuan kavalieri dan infantry memenuhi ruang Damsyik dari setiap kerajaan Islam. Buat pertama kali setelah berabad-abad lamanya kaum muslimin akhirnya berjaya bersatu di bawah satu pemerintah yang unggul. Dengan semangat jihad juga lah, mereka ini akan memacu kepada keruntuhan moral dan keegoan tentera kristian.

Akhirnya, setelah sekian lama dengan rancangannya, Baitul Maqdis yang telah jatuh ketangan tentera salib suatu masa dulu kini menjadi milik tentera Islam. Tarikh keramat itu jatuh pada 15 Oktober 1187 bersamaan hari Jumaat , 27 Rejab 583 H.

Menyentuh kemenangan ini itu, Lone Poole menulis "Bunga kesatriaan sudah diambil oleh Salahuddin Ayubi. Raja Baitul Maqdis ,Reginald of Chatillon, Joscelin of Courlenay, Humphrey of Toron ,Masters of Temple and Hospital dan ramai lagi pembesar sudah pun ditawan. Para kesatriaan yang lain berada dibawah tawanan Islam Sesiapa yang hidup dari kalangan orang kebanyakan turut menjadi tawanan. Seorang tentera Arab dilihat menarik sejumlah 30 tentera salib yang ditawannya yang diikiat dengan tali khemah. Mayat-mayat bertimbun -timbun seperti batu bata disamping salib-salib patah dan kepala-kepala yang bertaburan di atas tanah bagaikan buah-buahan tembikai".

Seterusnya Lane-Poole menuliskan tindak-tanduk tentera kristian ketika menawan tentera Baitul Maqdis pada kali pertama.Tercatat dalam sejarah bahawa ketika Godfrey dan Tancred menunggang kuda di jalan-jalan Jerusalem, jalan itu dipenuhi mayat, orang Islam yang tidak bersenjata diseksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menara rumah ibadat. Berbeza dengan tindak-tanduk Salahuddin.Beliau memberi layanan yang baik sepertimana ketika zaman Rasulullah memenangi peperangan. Tawanan tidak dibunuh sebaliknya mereka dibebaskan dengan syarat membayar tebusan mengikut kemampuan masing-masing.

p/s: Kisah perang Hittin akan didalami dalam edisi seterusnya tidak lama lagi. I'Allah.


Jasamu dikenang

Selepas berjaya menawan kota Jerusalem dan mengikut perjanjian perdamaian dengan tentera salib , Salahudin al-Ayyubi kembali ke Damsyik. Walaupun ketika itu beliau menjadi pemerintah dari Mesir hingga ke Yaman dan namanya tersebar masyhur kerana berjaya menawan Baitul Maqdis daripada tentera salib namun beliau tetap memilih hidup sederhana

Setelah sekian lama menabur bakti kepada jihad dan kecintaan terhadap Allah s.w.t. akhirnya Salahuddin jatuh sakit pada 16 Safar 598 H . Menjelang 27 Safar 598 H setelah beberapa hari jatuh sakit beliau menghembuskan nafas terakhirnya meninggalkan namanya selaku penakluk Jerusalem. Ketika itu umurnya baru mencecah 55 tahun. Selama 25 tahun ia memerintah, tiada sebarang harta pun ditinggalkan . Beliau dikatakan hanya memiliki 47 dirham wang perak dan 1 dinar emas. Urusan penyenggaraan jenazahnya di uruskan oleh ahli keluarganya manakala kain kafan telah disedekahkan oleh menterinya.

Sebagai kesimpulan, dapatlah penulis katakan bahawa Salahuddin adalah antara tokoh-tokoh yang berjaya menaikkan nama Islam. Dengan semangat jihad dan cintakan AKHIRAT melebihi DUNIA, Allah memilihnya untuk menjadi penyelamat umat Islam ketika itu. Jelaslah ia menjadi titik tolak kepada kebangkitan Islam pada masa tersebut.

Namun sebelum penulis mengakhiri tulisan ini, penulis ingin menyatakan beberapa persoalan yang timbul mengenai konsep jihad ketika ini dan negara Palestin

1- Adakah benar tindakan mereka yang menjadi pengebom diri dan membunuh orang awam yang tidak berdosa dinamakan jihad????
2- Benarkah jihad yang dibawa Alqaeda setelus-telusnya benar atau satu propaganda???
3- Siapakah sebenarnya Mahmood Abbas yang memerintah Palestin itu. Adakah ia sebagai pemerintah atau boneka semata- mata???
4- Mengapakah para ulama teringgi Sunnah tidak mengharamkan pengeboman diri dan mengeluarkan fatwa bahawa itu bukan syahid jika benar ia salah???

Sekian dari penulis.
Wassalam




Ke Mana Hatiku???

Assalamualaikum w.b.t semua.

Hari ini hari Jumaat. Cukup 'simple' kalo nk cakap. Namun sedarkah kamu bahawa pada hari Jumaat inilah telah banyak berlaku peristiwa-peristiwa bersejarah bagi umat Nabi Muhammad S.A.W. Kegemilangan Islam dalam peperangan banyak mencapai kemenangan pada hari Jumaat.

Penulis tidak mahu menyatakan ayat-ayat yg terlalu panjang. Oleh itu, penulis telah menyediakan sedikit informasi yang diperlukan mengetahui kelebihan hari Jumaat ini. I'allah akan menambahkan lagi pengetahuan dan kedalaman hati kamu semua terhadap ISLAM.

Hari Jumaat adalah Penghulu segala hari,

Diriwayatkan daripada Muslin Bin Abdullah daripada Sa'id bin Jubair, daripada Anas bin Malik r.a, dia berkata: "baginda Rasul S.A.W ditanya oleh sahabat tentang hari Jumaat. Maka jawab baginda nabi: Hari Jumaat adalah hari yang baik untuk mengadakan perhubungan dan pernikahan".

Sahabat bertanya: "Mengapakah dikatakan dengan demikian itu Ya Rasulullah?".

Jawab Nabi: "Kerana bahawasanya nabi-nabi ramai yang bernikah pada hari itu".

Sebahagian ulamak berkata: "Ada 7 pernikahan yang dilakukan oleh para nabi dan auliya' pada hari Jumaat iaitu:

1. Pernikahan Nabi Adam a.s dan Hawa atas keduanya selawat dan salam

2. Pernikahan Nabi Yusof a.s dan Zulaikha

3. Pernikahan Nabi Musa dan Shafuro" atas keduanya salam.

4. Pernikahan Nabi Sulaiman dan Ratu Balqis atas keduanya rahmat dan salam

5. Pernikahan nabi Muhammad S.A.W. dan Khadijah r.a

6. Pernikahan Nabi Muhammad S.A.W. dan Siti Aishah r.a

7. Pernikahan Ali bin Abu Talib r.a dengan Fatimah Az-Zahra r.a

Oleh itu, sesiapa yang merancang untuk mendirikan rumahtangga dimusim orang kahwin nie, digalakkan kahwin pada hari Jumaat semoga mendapat berkat dari Allah S.W.T


Sekian saja untuk kali ini. Semoga kamu semua bertemu hidayah daripada Allah S.W.T pada setiap masa. I'allah.